Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 12 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan beliau berkata, enam daripadanya adalah kluster tempat kerja, tiga kluster pendidikan, dua kluster komuniti dan satu kluster keagamaan.

Kluster dikesan di Johor, Selangor, Melaka, Kuala Lumpur, Sabah, Pahang dan Perak.

Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

  • Kluster Jalan Zabedah (Batu Pahat) dengan 17 kes
  • Kluster Industri Jalan Cyber Sembilan (Kulai) dengan 7 kes
  • Kluster Industri Persiaran Usahawan Tiga 2 (Hulu Langat dan Sepang) dengan 47 kes
  • Kluster Industri Jalan Seruling 58 (Klang) dengan 12 kes
  • Kluster Industri Jalan Usaha Lapan (Melaka Tengah) dengan 26 kes
  • Kluster Jalan Stesen Sentral Tiga (Lembah Pantai, Cheras dan Titiwangsa) dengan 5 kes
  • Kluster Juaseh (Segamat) dengan 26 kes
  • Kluster Jalan Enam Kampung Bahru (Sepang) dengan 14 kes
  • Kluster Jalan Dataran (Titiwangsa) dengan 11 kes
  • Kluster Alab Senagang (Tenom) dengan 50 kes
  • Kluster Jalan Jaya Lima (Temerloh dan Maran) dengan 29 kes
  • Kluster Lepang Nenering (Hulu Perak) dengan 18 kes