Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 17 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, empat korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,538.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Negeri Sembilan. Perlis, Sabah, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing dua) serta Johor, Kelantan, Melaka dan Sarawak (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

“`