IPOH, 29 Mei – Seramai 237,204 orang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Perak sehingga jam 12 tengahari semalam.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, daripada jumlah itu, seramai 90,759 orang telah menerima lengkap dua dos.

Menurut beliau, sehingga tengahari semalam juga, seramai 828,881 orang atau 42.9 peratus penduduk Perak telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin.

Katanya, selain di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam, ada beberapa hospital dan klinik swasta telah mendaftar dan dilantik untuk program imunisasi di bawah Pusat Pemberian Vaksin Hospital Swasta (PPVHS)

“Kaedah temujanji dan operasi sama seperti PPV awan melalui MySejahtera dan fasa yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Akmal berkata, dengan adanya PPVHS Akan membantu mempercepatkan urusan vaksinasi di negeri ini, terutama bagi daerah-daerah besar seperti Kinta, Manjung dan Larut Matang Selama (LMS).

Beliau menjangkakan tarikh operasi itu sekitar pertengahan Jun tetapj tertakluk kesediaan PPVHS.

“Jumlah temujanji di PPVHS akan bergantung kepada keupayaan ‘vaccinator’ dan kapasiti di lokasi,” ujarnya.