Kementerian Kesihatan mengesan lapan kluster baharu Covid-19, dengan tujuh daripadanya membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata baki satu lagi berkaitan sektor pendidikan.

Katanya, kluster itu dikesan di Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pahang.

Perincian kluster seperti berikut:

  • Kluster Industri Jalan Johan 2/5 (Kinta) dengan 11 kes.
  • Kluster Industri Dataran Kledang Empat (Kinta) dengan 27 kes.
  • Kluster Jalan Woo Saik Hong (Hilir Perak) dengan 19 kes.
  • Kluster Industri Lorong Perak Tiga (Kuala Langat) dengan 15 kes.
  • Kluster Industri Dua Pulau Meranti (Sepang) dengan 13 kes.
  • Kluster Jalan Kilang Kluang (Kluang) dengan 13 kes.
  • Kluster Laluan Persekutuan Sempalit (Raub) dengan 32 kes.
  • Kluster Jalan Springhill 10 (Port Dickson) dengan 33 kes.

Hisham berkata, sebanyak 5,695 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 634 daripadanya kluster aktif dan 5,061 lagi sudah tamat.