JOHOR Bahru, Johor mengungguli carta bagi 10 kawasan yang mendapat carian tertinggi dalam kalangan pembeli rumah di Malaysia pada tahun 2020.

Menurut portal hartanah terkenal, iProperty.com.myádata yang diperoleh adalah berdasarkan carian tertinggi pengunjung yang melayari laman web portal itu dari Januari hingga Disember lalu.

Johor adalah pilihan tempat tinggal yang menarik bagi warga asing yang bekerja di Singapura namun, penutupan sempadan Johor-Singapura disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda membantutkan niat pembelian mereka.

Walaupun pasaran hartanah kediaman di Johor Bahru kekal perlahan pada tahun 2020, diharapkan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura yang dijangka siap pada tahun 2024 mampu memberi pelbagai impak perubahan sertaálimpahan ekonomi terutamanya di Iskandar Malaysia.

Berdasarkan laporan separuh tahun pertama 2020 Portal Demand Analytics oleh portal berkenaan, rumah teres adalah satunya satunya yang kekal stabil dari segi median harga.

Kawasan kedua kediaman paling banyak dicari oleh pembeli pada tahun lalu adalah Petaling Jaya, Selangor yang juga antara kawasan yang mendapat carian tertinggi dalam kalangan penyewa pada tahun 2020.

Ia didorong kedudukan Petaling Jaya yang berdekatan dengan Kuala Lumpur selain pelbagai kemudahan, pusat beli-belah yang sudah tersedia

Transit aliran ringan (LRT) 3 juga menambahbaik jaringan pengangkutan awam di Petaling Jaya dengan memudahkan perjalanan ke Bandar Utama, Shah Alam, dan Klang. manakala pada masa akan datang, lima stesen LRT 3 juga dikatakan akan dibina di kawasan Petaling Jaya.

Di kedudukan ketiga pula adalah Bandaraya Shah Alam yang juga antara bandar terancang pertama di Malaysia dan dikenali dengan tarikan kawasan yang mesra keluarga.

IPOH turut menjadi pilihan kawasan carian untuk pembeli rumah.

Selain itu, LRT Laluan Bandar Utama-Klang atau LRT 3 turut menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia di Klang yang bukan sahaja memendekkan masa perjalanan di kawasan-kawasan lain di sekitar Lembah Klang malah turut menjamin pertumbuhan modal bagi hartanah di Shah Alam terutamanya projek yang berdekatan dengan laluan tren.

Laluan LRT baru ini akan menambahbaik jaringan pengangkutan untuk seramai dua juta orang dari koridor barat ke bahagian lain di Lembah Klang.

Mengikuti rapat di kedudukan keempat adalah Cheras yang masih lagi popular dalam kalangan pembeli rumah dan juga bakal pembeli rumah.

Cheras bukan sahaja kawasan bandar dengan akses paling mudah ke laluan rel utama, malah ia adalah salah satu kawasan rumah sewa di Malaysia yang paling tinggi cariannya pada tahun 2020.

Dengan perkhidmatan pengangkutan awam dan kemudahan-kemudahan lain yang sudah tersedia serta pelbagai pilihan jenis rumah, ia menjadikan Cheras sebagai salah satu tarikan bagi mereka yang ingin membeli rumah dan juga pelabur.

BANDARAYA Shah Alam yang juga adalah bandar terancang pertama di Malaysia dan dikenali dengan tarikan kawasan mesra keluarga di kedudukan ketiga.

Damansara Height pula berada di kedudukan kelima carian lokasi paling banyak oleh pembeli rumah tahun lalu.

Kejiranan Damansara Heights atau Bukit Damansara turut dikenali sebagai Beverly Hills Malaysia kerana dipenuhi dengan deretan banglo, villa, dan juga kediaman mewah yang lain.

Selain daripada golongan elit, kawasan itu turut menarik minat golongan ekspatriat kerana kehidupan malam yang penuh hiburan dan menarik, serta pelbagai pilihan restoran.

Bukan itu sahaja, ia juga dikelilingi dengan jaringan lebuh raya dan jalan raya utama.

Ampang pula berada di kedudukan keenam lokasi pilihan pembeli rumah pada tahun 2020.

Kawasan itu turut menjadi pilihan komuniti ekspatriat kerana kemudahan yang disediakan seperti sekolah antarabangsa, perubatan swasta dan juga pusat hiburan.

JOHOR Bahru menjadi pilihan utama carian kawasan untuk pembeli rumah tahun lalu.

Selain itu, Ampang juga terletak berdekatan kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur serta lebuh raya utama.

Bukan itu sahaja, Ampang turut disenaraikan sebagai salah satu kawasan rumah sewa di Malaysia yang paling tinggi cariannya pada tahun 2020 manakala median harga bagi sebuah kondominium di Ampang ialah RM 1.15 juta.

Ibu negeri Perak, Ipoh pula berada di kedudukan ketujuh lokasi pilihan pembeli rumah. Harga bagi sebuah rumah teres di Ipoh ialah RM220,000.

Di kedudukan kelapan ialah kawasan Tropicana manakala di tempat kesembilan adalah Rawang.

Rawang mengalami pelbagai transformasi selama hampir 200 tahun sejak era British Malaya dan kini, ia berkembang dengan pesat, dari sebuah kawasan bandar lama kepada sebuah kawasan bandar maju.

Rumah teres di sini juga masih dalam julat harga yang mampu milik berbanding dengan kawasan-kawasan lain di Lembah Klang.

Di tempat ke-10 adalah Kota Damansara yang memiliki pelbagai kemudahan, infrastruktur serta sistem pengangkutan yang baik dan meluas sekali gus menjadikan kawasan itu selesa untuk didiami.

Pembinaan MRT Kota Damansara turut memudahkan akses ke kawasan lain di Lembah Klang dan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, terutamanya ketika waktu puncak.

Selain itu, Kota Damansara juga menawarkan hartanah dari pelbagai lingkungan harga, median harga bagi sebuah kondominium ialah RM600,000 manakala

median harga sewa bagi sebuah unit kondominium yang dilengkapi perabot serta tiga bilik tidur berkeluasan 1,237 kaki persegi ialah RM2,300. – HARIAN METRO