Haiwan merupakan salah satu komponen penting di dalam ekosistem kehidupan selain daripada manusia. Terdapat pelbagai jenis spesis haiwan yang wujud dalam dunia samada di daratan mahupun di lautan.

Menurut satu kajian pada tahun 2011, saintis menggangarkan terdapat lebih 8.7 juta spesis di bumi dan hanya 1.6 juta spesis sahaja yang telah dikenal pasti. Masih banyak lagi spesis haiwan yang masih belum ditemui dan dikaji.

Setiap haiwan mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri yang masih belum banyak diketahui umum. Oleh itu, kali ini kami bawakan kepada anda lima fakta menarik mengenai alam haiwan yang mungkin tidak pernah anda ketahui sebelum ini.

  1. #Tikus akan ketawa apabila digeletek
    Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Berlin, Jerman, bagi melihat reaksi otak manusia apabila digeletek. National Geographic mendedahkan bahawa ketika ujian dijalankan ke atas tikus, para pengkaji mendapati bahawa haiwan tersebut suka digeletek terutamanya di bahagian belakang.

Ketika digeletek, tikus telah mengeluarkan suara yang tinggi seakan-akan bunyi ketawa. Apbila geletekan tersebut dihaentikan, tikus tersebut pergi ke tangan pengkaji seolah-olah minta untuk digeletek lagi.

  1. Kucing hanya mengiau kepada manusia sahaja Kucing merupakan haiwan peliharaan yang begitu dekat dengan kita. Siapa sahaja yang tidak jatuh cinta dengan si berbulu yang comel ini.
    Namun tahukah anda bahawa kucing hanya mengiau kepada manusia sahaja? Pasti anda terkejut bukan?
    Menurut kajian, mengiau merupakan satu cara si comel berkomunikasi dengan manusia. Lazimnya, kucing akan mengiau untuk meminta makanan ataupun perhatian daripada tuannya.
  2. #Sotong Kurita mempunyai tiga jantung ,sembilan otak dan berdarah biru
    Masih banyak hidupan laut yang masih belum diterokai dan ditemui di dasar lautan. Menurut majalah National Geographic, terdapat lebih satu juta spesis hidupan laut telah ditemui setakat ini. Namun terdapat satu hidupan laut yang mempunyai fizikal yang menakjubkan.
    Sotong Kurita Pasifik mempunyai tiga jantung, sembilan otak dan juga berdarah biru. Pelik bukan?
    Sotong Kurita mempunyai satu otak utama yang berfungsi untuk mengawal sistem saraf dan lapan lagi otak berfungsi untuk mengawal pergerakan lapan sesungut haiwan tersebut.

Manakala, sotong kurita mempunyai dua jantung berperanan untuk mengepam darah ke bahagian insang dan satu jantung lagi berfungsi bagi mengalirkan darah ke seluruh badan.

  1. #Kuda laut jantan melahirkan anak
    Kebiasaannya, tugas mengandung dan melahirkan anak sudah tentu akan digalas oleh haiwan betina sebagaimana manusia. Namun ia berbeza bagi spesis kuda laut.

Kuda laut merupakan satu-satunya spesis haiwan dimana tugas mengandung dan melahirkan anak dilakukan oleh spesis jantan. Selepas proses persenyawaan berlaku, kuda laut jantan akan mengeram telur dalam inkubaor di perutnya selama 10 hingga 14 hari.

Kemudian, Kuda laut jantan akan melahirkan anak-anaknya dalam tempoh 30 minit dan dalam tempoh tersebut, bilangan anak yang dilahirkan boleh mencapai jumlah ratusan sehingga ribuan.

  1. #Penguin melamar pasangannya menggunakan batu.

Tahukah anda bahawa penguin juga akan melamar penguin betina yang mereka minati? Ya, penguin juga mempunyai cara yang tersendiri untuk melamar pasangan mereka.
Selalunya, ketika melamar, si teruna akan menyediakan sebentuk cincin sebagai tanda ikatan cinta dan ia akan disarungkan ke jari manis si dara. Begitu dengan penguin, penguin jantan akan memberikan batu kecil untuk dijadikan tanda untuk sehidup semati.