Bersin adalah salah proses yang berlaku kepada tubuh  badan kita setiap hari. Apabila hidung kita berasa tidak selesa, secara automatik, kita akan bersin untuk mengeluarkan bakteria yang berada di dalam badan.

Tanpa kita sedari, kebanyakan orang akan bersin pada waktu yang tidak dijangka antaranya selepas bersenam, ketika sedang menarik kening dan paling mengejutkan, selepas melakukan hubungan seks.

Di sini, kami senaraikan lima fakta mengenai bersin yang mungkin anda tidak ketahui sebelum ini.

  • Kelajuan bersin adalah selaju 100 batu sejam atau bersamaan dengan 160 km/jam. Laju bukan? Menurut Patti Wood, penulis buku, Success Signals: Understanding Body Language, berkata dengan kelajuan tersebut, sebanyak 100,000 bakteria akan dikeluarkan daripada tubuh badan kita ke udara.
  • Jika anda menarik kening anda, ia akan membuatkan anda bersin. Tentu anda tertanya-tanya mengapa dengan menarik  kening boleh merangsang tubuh anda untuk bersin. Menurut kajian, apabila seseorang itu menarik keningnya, secara tidak langsung ia akan merangsang saraf di muka anda dan seterusnya menyebabkan anda bersin.
  • Bersin tidak dapat dihentikan. Ya, anda tidak dapat menghentikan diri anda daripada bersin. Pasti anda pernah cuba untuk tidak bersin terutamanya ketika berada di majlis keramaian atau pun di tempat awam tetapi tidak berjaya. Ia kerana bersin adalah satu tindakan reflek yang berlaku kepada tubuh badan secara automatik dan anda tidak mampu mengawalnya.
  • Anda tidak akan bersin dengan membuka mata. Tentu anda tidak perasan apabila anda bersin, mata anda akan terus tertutup dan mustahil untuk anda bersin dalam keadaan mata anda sedang terbuka. Tak percaya? Anda boleh cuba untuk bersin sambil membuka mata jika anda mampu.

Ketika tidur, manusia tidak akan bersin. manusia hanya akan bersin ketika sedang berjaga atau dalam keadaan sedar. Ini kerana ketika tidur, sistem saraf yang menyebakan bersin akan turut berehat dan tidak bekerja.