BENTONG, 20 DIS – Lima orang dipercayai hilang dibawa arus deras selepas kereta yang dinaiki mereka dihanyutkan dalam kejadian kepala air di Sri Telemong dekat Karak di sini semalam.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika kesemua mangsa yang menaiki lima buah kenderaan dihanyutkan arus deras dipercayai kepala air.

Seorang penduduk yang menyertai operasi pencarian, Abd. Ghani Taib berkata, dia difahamkan pada masa ini seramai 10 mangsa selamat dan satu mangsa ditemui meninggal dunia.

“Pada pagi ini sebanyak 15 kenderaan pacuan empat roda yang membawa penduduk datang untuk membantu pihak polis dan bomba melakukan operasi pencarian.

“Kami difahamkan semasa kejadian lima kenderaan terkepung dengan air banjir,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE