LENGGONG, 9 Nov – Hujan lebat petang Selasa menyebabkan kira-kira 50 buah rumah di Kampung Sumpitan dekat sini, dilanda banjir lebih 1.3 meter.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.10 petang.

Menurutnya, ketika tiba dilokasi, hujan masih turun.

“Pemindahan mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan awal.

Berita lanjut menyusul.