IPOH, 14 SEPT – Jika segalanya berjalan lancar, Perak FC akan ada pemilik untuk menghadapi Liga M tahun 2022.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengurus Besar (GM), Perak FC, Azman Noh sebentar tadi.

“Nama syarikat itu ialah Kopa Arena yang menunjuk minat untuk membeli saham Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) bagi pembentukan team pada tahun hadapan,” katanya.

Menurut Azman, syarikat ini terlibat dalam industri bola sepak dan mempunyai lima gelanggang sintetik di USM Pulau Pinang.

Katanya, surat tunjuk minat oleh syarikat tersebut sudah di sampaikan kepada Pafa bagi tujuan perbincangan yang selanjutnya.

“Difahamkan perbincangan mengenai ini akan di adakan dalam tempoh terdekat.

“Setiausaha Pafa dan pemangku Presiden Pafa juga sudah maklum mengenai perkara ini” ujarnya.- K! ONLINE.