Kasih dan doa seorang ibu sememangnya amat berharga dan tidak akan ada penggantinya. Namun, ada juga anak yang sanggup mengabaikan tanggungjawab menjaga mereka ketika mereka sudah dimamah usia.

Ditinggal tepi jalan

Menerusi perkongsian daripada Facebook Lembaga Zakat Selangor, pihak mereka telah mendapat laporan seorang warga emas yang kudung kakinya ditinggalkan bersama pakaian dan juga lampin pakai buang di tepi jalan.

Susulan daripada itu, pihak Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor serta Ketua Operasi Agihan Daerah Kuala Langat bertindak segera turun pada jam 8.30 malam tadi bagi menyantuni wanita ini.

Anak tak dapat jaga ibu

Menerusi info yang diperoleh, wanita tersebut masih mempunyai waris dan pihak LZS dapat menghubungi mereka. Walau bagaimanapun, pihak keluarga tidak dapat memberi kerjasama.

Tambah LZS, mereka dapat menghubungi anak wanita tersebut dan bersetuju untuk membawa pulang ibunya, namun sekitar jam 3 pagi dia membuat keputusan tidak boleh menjaga ibu lagi.

Jadi, pihak polis terpaksa menghubungi pusat jagaan warga emas yang datang menaiki ambulans untuk membawa ibu ini ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan dan saringan Covid-19.

Sumber: Oh My Media