Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 15 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan beliau berkata, sembilan daripadanya adalah kluster tempat kerja, masing-masing dua kluster komuniti dan pendidikan serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko dan keagamaan.

Kluster dikesan di Johor, Selangor, Kelantan, Sarawak, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Perincian 15 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

Kluster Jalan Berjaya Lapan (Johor Bahru) dengan 51 kes

Kluster Jalan Industri Utama Grisek (Tangkak) dengan 26 kes

Kluster Jalan Bakau Kluang (Kluang) dengan 19 kes

Kluster Jalan Gambir Dua (Tangkak) dengan 12 kes

Kluster Industri Dua Jalan Bukit Kemuning (Klang) dengan 49 kes

Kluster Jalan Suasa Banting (Kuala Langat) dengan 22 kes

Kluster Kampung Kelubi Pasir Puteh (Pasir Puteh, Kota Bharu dan Tanah Merah) dengan 17 kes

Kluster Putai 2 (Bukit Mabong) dengan 30 kes

Kluster Jalan Tangsi (Cheras, Kepong, dan Titiwangsa) dengan 11 kes

Kluster Gunung Besout Dua (Batang Padang) dengan 49 kes

Kluster Bidor Stesen (Batang Padang) dengan 33 kes

Kluster Jalan Pantai Permai Sembilan (Lembah Pantai) dengan 7 kes

Kluster Seri Serting (Jempol) dengan 22 kes

Kluster Kampung Bukit Tembakau (Jasin dan Melaka Tengah) dengan 47 kes

Kluster Jalan Camar Tiga (Johor Bahru) dengan 15 kes

Hisham berkata, sebanyak 5,687 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 656 daripadanya kluster aktif dan 5,031 kluster lagi sudah tamat.