Pertembungan Tiga Penjuru Beri BN Kelebihan
KUALA KANGSAR: Pertembungan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) dalam memastikan kerusi tersebut kekal milik mereka. Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, BN perlu memberi fokus untuk memastikan kemenangan sekiranya berlaku pertembungan…
Kereta Hangus Terbakar di Lebuhraya
KUALA LUMPUR – Sebuah kereta hangus dalam satu kebakaran di KM27.7, Lebuhraya Utara-Selatan, dari Bukit Lanjan menghala ke Tol Jalan Duta, di sini, pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.23 pagi. Menurutnya, tujuh anggota…
Piala Thomas: Indonesia Ke Final
PASUKAN badminton Indonesia mara ke final Piala Thomas selepas mengalahkan Korea Selatan 3-1, sebentar tadi. Kali terakhir layak ke Pentas akhir Piala Thomas pada edisi tahun 2010 dan memenangi kejohanan ini kali terakhir pada tahun 2002. Berikut keputusan separuh akhir Indonesia menentang Korea Selatan: Christie Jonatan…
Malaysia Mahu Cipta Keretapi Sendiri
BATU GAJAH: Kerajaan berhasrat untuk mencipta dan membangunkan keretapi sendiri dalam tempoh 10 tahun akan datang. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, kerajaan tidak mahu berterusan bergantung kepada sumber luar dalam membangunkan industri keretapi negara. Menurut beliau, matlamat Malaysia itu tidak…
Malaysia Akur Hasrat Australia Tamat Misi Cari MH370
BATU GAJAH: Kerajaan Malaysia akur sekiranya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mahu menamatkan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lautan Hindi. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, kawasan pencarian pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014 itu kini semakin menghampiri 120,000 kilometer (km) persegi. “Sekiranya kita telah menyelesaikan usaha pencarian di kawasan yang ditentukan (120,000 km), kita akur dengan Australia yang mengetuai pencarian dan nasihat pakar untuk mereka berhenti,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Akademi KTM (MyRa) pada Rabu. Ab Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ATSB pada Isnin yang melaporkan usaha untuk menemukan pesawat MH370 itu semakin tipis memandangkan kawasan pencarian kini berbaki 15,000 km lagi. Menurut ATSB, sejak pencarian dimulakan dua tahun lalu sehingga 11 Mei lalu, pihak berkuasa telah menjalankan misi melibatkan kawasan seluas 105,000 km. ATSB Malaysia, Australia dan China telah setuju sekiranya pencarian di kawasan seluas 120,000 tidak berhasil, kawasan pencarian tidak akan ditambah.
PRK: Tiada Lagi Rundingan – Hadi Awang
KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan sesi rundingan dengan mana-mana pihak berhubung dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sudah selesai apabila parti Islam itu memutuskan untuk bertanding. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan mengumumkan calon tempatan dalam…
Piala Thomas: Malaysia Benam Korea Selatan 3-2
MALAYSIA meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Korea Selatan dalam persaingan Kumpulan C Piala Thomas, pada Selasa di Kunshan, China. Seperti dijangka, Datuk Lee Chong Wei melonjakkan semangat skuad badminton negara apabila menundukkan pemain ranking kesembilan, Son Wan-Ho dalam straight set. Korea bagaimanapun mengejar rapat apabila dua beregu mereka, Lee…
Guru SAR Bukan Golongan Kelas Kedua
BAGAN SERAI – Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri Perak bukan guru kelas kedua kerana kerajaan negeri menyediakan pelbagai insentif supaya golongan itu tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan pendidikan negara. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria…
PAS Hanya ‘Pengacau’ Di 2 PRK – Amanah
KOTA BHARU – Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menyifatkan Pas hanya ‘pengacau’ jika masih berdegil untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak. Naib Pengerusinya, Che Ibrahim Mohamed berkata, Pas tidak boleh mendakwa kedua-dua kawasan itu adalah ‘tempat’…
Saman Fitnah: Kor Ming Mohon Maaf Kepada PM
KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming akhirnya selesai secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Kes itu selesai selepas Kor Ming…
Stay connected