Shanghai, 8 Feb : China buat pertama kali dalam tempoh dua bulan melaporkan tiada kes jangkitan tempatan Covid-19 di seluruh negara Tembok Besar itu hari ini.

Data rasmi sekali gus menunjukkan negara itu berjaya menghilangkan gelombang terbaru penyakit itu.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Kesihatan Nasional, jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat sedikit kepada 14 pada 7 Februari lalu daripada 12 kes sebelum itu, tetapi semuanya adalah jangkitan yang diimport dari luar negara.

Tujuh kes dilaporkan di Shanghai dan selebihnya di wilayah Guangdong tenggara.

Ini menandakan buat kali pertamanya China tidak mempunyai jangkitan tempatan sejak 16 Disember, sekali gus menunjukkan langkah agresif diambil pihak berkuasa berjaya menghentikan penyebaran penyakit dari kelompok besar di wilayah Hebei di sekitar Beijing dan wilayah Heilongjiang dan Jilin timur laut.

Jumlah kes tidak bergejala yang tidak dikelaskan oleh China sebagai kes Covid-19 disahkan, meningkat kepada 16 kes dari 10 hari sebelumnya, menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di China berjumlah 89,706 manakala jumlah kematian tidak berubah pada 4,636.