TRONG: Turun di lapangan dan menyelami masalah penduduk setempat, itu antara rutin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong, Jamilah Zakaria saban hari.

Jamilah atau mesra disapa sebagai Cikgu Jamilah turut dibantu pasukan Pusat Khidmat DUN Trong bagi memastikan saluran bantuan sampai kepada golongan sasaran.

Menerusi hantaran Facebook, beliau hadir di Klinik Kesihatan Sungai Kerang untuk mengedarkan bungkusan makanan kepada penerima vaksin sementara menunggu giliran.

“Team Pusat Khidmat N15 DUN Trong mengedarkan bungkusan roti dan air minuman bagi mengalas perut penerima suntikan vaksin.

“Seterusnya kami bergerak ke lokasi yang melibatkan Mukim Trong dan Sungai Tinggi untuk salurkan bantuan kepada keluarga yang sedang menjalani tempoh kuarantin wajib dan kuarantin kendiri,” katanya.

Dalam pada itu beliau juga menyampaikan bekalan minuman dan kudap-kudapan untuk petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya (SJR) Trong.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak JPKK kawasan, wakil penduduk dan semua pihak yang terlibat di atas keprihatinan menyalurkan maklumat mengenai penduduk dan kejiranan yang dikuarantinkan untuk tindakan awal.

“Semoga segala kebaikan yang dilakukan dapat memberi manfaat kepada kita semua,” katanya lagi.