TRONG, 25 Sept: Keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini, disusuli hujan lebat menyebabkan ada rumah yang rosak di sekitar kawasan Trong.

Baru-baru ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong, Jamilah Zakaria atau Cikgu Milah menerima maklumat berhubung keadaan bumbung rumah penduduk di Kampung Permatang Raja.

“Saya meninjau dan memberikan sedikit pencerahan kepada Khairani atau Along mengenai langkah-langkah yang boleh dilakukan sekiranya rumahnya ditimpa bencana.

“Saya turut melihat kerosakan bumbung rumah yang dialami dan bantu apa yang perlu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Cikgu Milah turut menziarahi seorang penduduk dikenali sebagai Abdul Ghani, yang mengalami masalah kesihatan di Batu Kampar.

“Saya terus memaklumkan kepada beliau mengenai tarikh janji temunya bagi mendapatkan rawatan susulan setelah melihat surat perubatan beliau.Bimbang sekiranya beliau terlepas tarikh yang telah ditetapkan,” ujarnya lagi.

Seperti biasa, beliau turut meneruskan bantuan bekalan makanan kering kepada mereka yang memerlukan.

Termasuk keluarga yang sedang menjalani kuarantin kendiri akibat kontak rapat kepada individu positif COVID-19.