TAIPING – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM7.6 juta yang dirampas di antara tahun 2008 hingga kini.

Penolong Pengarah Bahagian Perlucutan Harta JSJN Bukit Aman, Asisten Komisioner Raja Zahudeen Raja Toran berkata, pelupusan tersebut membabitkan dadah yang berjaya dirampas di 14 buah daerah seluruh negeri Perak.

Menurutnya, daerah yang terlibat ialah Ipoh, Taiping, Manjung, Hilir Perak, Kuala Kangsar, Tapah, Batu Gajah, Sungai Siput, Mualim, Kampar, Gerik, Kerian, Pengakalan Hulu, Selama dan Perak Tengah.
“Antara dadah yang dilupuskan hari ini ialah melibatkan heroin seberat 24,908.95 gram; ganja, 15, 005.76 gram; (syabu) 27, 139.95 gram; ketamin, 2 258.11 gram; esctasy atau yaba, 37.50 gram; ubat batuk, 3, 040.29 gram; eramin 5, 52.70 gram; daun ketum, 123, 940.81 gram dan (164, 920.45 mililiter dalam bentuk cecair) serta ubat batuk sebanyak 39, 640 mililiter,” katanya pada sidang media Perlupusan Eksibit Dadah JSJN Kontinjen Perak di Edgenta Mediserve Sdn Bhd, Kamunting, di sini hari ini.

-SinarHarian