
Video
Info
Dato’ Dr. Muhammad Amin Zakaria merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang memiliki pendidikan peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Special Education for the Gifted & Talented).
Sesuai dengan keperibadiannya yang berlatarbelakangkan akademik tinggi, Dr. Amin sentiasa meletakkan pendidikan sebagai wadah dan asas perjuangan demi kemajuan generasi muda dan anak cucu kelahiran Batu Kurau.
Sejak terpilih menjadi wakil rakyat pada 2013, Dr Amin telah mengalas tanggungjawab membawa harapan anak-anak Batu Kurau yang mahu melihat pembangunan material seiring dengan pembangunan akademik.
Bagi memastikan agenda pembangunan yang dirancang dan sedang dilaksanakan diteruskan, pengundi perlulah memastikan kepimpinan Dr Amin terus kekal supaya Batu Kurau dapat dibangunkan mengikut landasan pembangunan utama daripada segi fizikal, ekonomi dan sosial.
BARISAN NASIONAL
Dato’ Dr Muhammad Amin Bin Zakaria
PKR
Muhamad Aiman Aizuddin Bin Md Husin
BERJASA
Zainal Abidin Bin Abd Rahman
PAS
Mohd Shahir Bin Mohd Hassan
1. Mengukuhkan Ekonomi Penduduk Batu Kurau
- Bandar Satelit Batu Kurau
- Wujudkan ruang-ruang baru untuk tingkatkan pendapatan penduduk melalui aktiviti keusahawan dan pertanian
- Wujudkan usahawan IKS Berasaskan Makanan Ringan
- Batu Kurau Sebagai Lokasi Eko Pelancongan Antarabangsa
2. Pelaburan
Mewujudkan Projek Aero Angkasa Dan Industri sokongan yang berkaitan dengannya.
3. Perumahan
- Mewujudkan 2,500 Unit Rumah Mampu Milik dengan kerjasama NBOS bersama pemaju.
- Perbanyakkan Perumahan Rakyat Dengan Bekerjasama Bersama Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak
- Rumah PPR untuk rakyat berpendapatan rendah di Taman Kamunting Perdana.
4. Pendidikan
- Membawa masuk kampus institusi pengajian tinggi awam/swasta.
5. Pertanian
- Durian Sebagai Sumber Kekayaan Baru
6. Inisiatif Kesejahteraan
- Bantuan Baiki Rumah dengan kerjasama Yayasan Bina Upaya
7. Infrastruktur
- Meneruskan Projek Jalan Fasa II Jalan Anak Kurau-Kamunting