IPOH: Satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perak ditutup, menjadikan empat yang ditutup setakat jam 4 petang ini.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, terbaharu, PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara, Batu Kurau ditutup sepenuhnya pada jam 3 petang.

Katanya, dengan penutupan itu, hanya PPS di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al Barakah, Taiping masih dibuka yang menempatkan 42 mangsa daripada 10 keluarga.

“Mereka terdiri dari 10 lelaki dewasa, 20 perempuan dewasa, sembilan kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Air Kuning, Taiping ditutup pada 10 manakala dua PPS di Pantai Besar, Ijok ditutup pada 10.30 pagi.