KANGAR – Nombor pendaftaran kenderaan RU mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat tersendiri.
Berdasarkan kenyataan rasmi yang dimuatkan dalam laman sosial Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis hari ini, nombor pendaftaran RU 1 berjaya dibida oleh seorang lelaki bernama Tan Lung Lai dengan bidaan RM427,777.
Sementara itu, nombor pendaftaran kenderaan RU 9 turut mencatatkan bidaan membanggakan yang dimenangi oleh sebuah syarikat New Station Trading Sdn. Bhd. dengan bidaan RM152,000.
Dalam pada itu, Restoran Jessy memperoleh nombor plat kenderaan RU 3 dengan bidaan RM148,500.
Tender bagi nombor pendaftaran kenderaan RU mula dibuka pada 1 Januari tahun lalu sebelum ditutup pada 13 November tahun yang sama. – K! ONLINE