Akibat lakukan tuntutan palsu kerja lebih masa sebanyak RM3,352.06, seorang lelaki didenda RM12,500 dan penjara 15 bulan.

Kes yang berlaku enam tahun lalu melibatkan bekas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob mengesahkan hukuman itu selepas lelaki terbabit mengaku bersalah.

Pada bulan Mei hingga September 2015, pesalah telah didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu Penyata Tuntutan Bekerja Lebih Masa bagi mendapatkan RM3,352.06.

Diharapkan apa yang berlaku ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua yang bekerja. Kalau korang tengah buat perkara tak baik ini, hentikanlah. Mungkin di dunia kita lepas, tetapi gaji yang kita peroleh itu tidak berkat dan haram. – Sinar Harian