PETALING JAYA, 27 Ogos: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad dan Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali antara nama yang digugurkan daripada dilantik untuk menganggotai barisan Kabinet di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Zulkifli  sebelum ini sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) digantikan oleh Senator Idris Ahmad manakala Mohd. Khairuddin sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi digantikan  Datuk  Zuraida Kamaruddin.

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Perkara itu dimaklumkan  Perdana Menteri dalam sidang akhbar pengumuman Kabinet hari ini. – UTUSAN ONLINE