KUALA LUMPUR: Kemenangan Parti Demokrat dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) melakar sejarah baharu apabila Kamala Harris menjadi wanita pertama dilantik sebagai Naib Presiden.

Bukan itu sahaja, Harris turut menjadi wanita kulit hitam pertama menjawat jawatan berkenaan.

Harris yang mempunyai darah Asia Selatan, India dan Jamaica, juga akan menjadi wanita pertama yang mempunyai darah campuran menjadi Naib Presiden.

Jawatan Harris di White House itu terjamin selepas Joe Biden diunjurkan memperolehi 273 jumlah undian elektoral pada Sabtu.

Selepas hampir seminggu menunggu keputusan undian, Biden mengalahkan Donald Trump daripada parti Republikan yang hanya meraih 214 undi elektoral.

Harris juga bekas Senator California dalam satu ciapan di akaun Twitter rasminya, berkata bahawa pilihan raya ini cukup bermakna baginya dan juga Presiden, Joe Biden.

“Ini melibatkan jiwa Amerika dan keinginan kami untuk memperjuangkannya. Kami mempunyai banyak tugas yang menanti di masa hadapan. Mari kita lakukannya,” jelasnya.