PETALING JAYA, 20 OGOS : “Kepada Allah kita berserah”.

Demikian hantaran ringkas Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi Facebook beliau hari ini.

Beliau adalah satu-satunya ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan 114 ahli Parlimen yang membabitkan blok Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

“Bismilillahirahmanirahim. Kepada Allah kita berserah,” tulis Ismail Sabri.

Semalam, seramai 114 ahli Parlimen terdiri daripada BN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam lima sesi.

Perkembangan itu sekali gus mengesahkan desas-desus Ismail Sabri bakal dilantik sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Namun segalanya terjawab selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung petang ini. – UTUSAN ONLINE