KUALA LUMPUR 17 Nov : Perkembangan terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 6,288 kes baharu, pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan keseluruhan 2,563,153 kes setakat ini.

Kes baharu itu menunjukkan peningkatan berbanding 5,413 kes harian pada Selasa.

Menurut Dr Noor Hisham, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow.

Data setiap hari bagi laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam.