AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Khairul Shahril Mohamed hadir ke Majlis Ibadah Korban Diraja Kurniaan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Lambor Kiri, hari ini.

Majlis yang diadakan di Masjid Baharu Qariah Kampung Kuchai, Lambor Kiri itu turut dihadiri ahli jawatankuasa dan kariah masjid.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, ianya disempurnakan Orang Besar Jajahan Perak Tengah, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan.

“Hadir ke Majlis Ibadah Korban Diraja 2021M/1142H kurniaan Sultan Perak di Masjid Baharu Qariah Kampung Kuchai, Lambor Kiri yang telah disempurnakan Orang Besar Jajahan Perak Tengah, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan,” katanya, hari ini.

Terdahulu Khairul Shahril yang juga Exco Kerajaan Negeri menyampaikan sumbangan katil kepada salah seorang penduduk di Bota Kiri yang mengalami masalah kesihatan.

“Ziarah dan menyampaikan sumbangan katil kepada Ismail Nuruddin yang mengalami masalah kesihatan di Kampung Tanjung Aur, Bota Kiri. Turut serta, Penghulu Mukim Bota,” katanya lagi.