Siapa yang suka pergi melancong? Mesti ramai kan? Lebih-lebih lagi kalau dapat melancong ke luar negara. Memang menjadi idaman ramai.

Lain orang lain cara, ada yang suka travel dengan kawan-kawan dan keluarga, ada yang suka gerak solo, ala-ala backpakers. Tiada halangan untuk korang cuba pengalaman baru untuk backpacking. Hanya membawa beg galas dan kemudahan yang banyak didapati hari ini, membuatkan ramai ‘kaki jalan’ berani untuk melancong secara backpacking.

Seperti perkongsian daripada saudara Aminfadhli Abd Rami menerusi laman Facebooknya tentang perjalanannya dari Ipoh, Malaysia ke Amsterdam dengan menggunakan keretaapi dan kemudahan awam di seluruh dunia.

Katanya, sepanjang 45 hari perjalanan ke Amsterdam, dia telah singgah di 12 negara. Jumlah kos perjalanannya mencecah RM 12,000. Jadi, kalau korang ada hasrat nak melancong dengan cara ini boleh ikut jadual perjalanan di bawah.

IPOH TO AMSTERDAM BY LAND
via Trans-Siberian Railway

12 countries
16000 kilometres
45 days

Total damage = RM12000

Ipoh to Padang besar – ETS 3 jam

  • Padang besar to Bangkok – train(SRT) 16jam
  • Bangkok to Nong kai(Thailand border)- train(SRT) 12jam
  • Naik tuktuk ke Vientiane, Laos
  • Vientiane to Vinh, Vietnam – sleeper bus 19 jam
  • Vinh to Hanoi – train 6 jam
  • Hanoi to Beijing – train 36 jam
  • Beijing to Jiningnan – train 9jam
  • Jiningnan to Erlian(China border)- train 6jam
  • Naik teksi cross border ke Zamyn Uud,Mongolia
  • Zamyn Uud to Ulaan Baatar (Trans-Mongolian Railway) 16jam
  • Ulaan Baatar to Irkutsk(Russia) – train 24 jam
  • Irkutsk to Kazan (Trans-Siberian Railway) – 69 jam
  • Kazan to Moscow (Trans-Siberian Railway) – 16 jam
  • Moscow to Riga(Latjiva express) – 16 jam
  • Riga to Warsaw – (Ecoline bus) 12 jam
  • Warsaw to Berlin – (Flixbus) 8 jam

Berlin to Amsterdam- (Flixbus) 12 jam

Sumber Siakap Keli