PETALING JAYA, 30 NOV : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengaktifkan semula akaun khas Covid-19 bagi membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan tunai.

Menerusi poster yang tersebar di Twitter, KKM memaklumkan sumbangan yang diterima akan digunakan untuk membeli alat-alat kelengkapan perubatan.

KKM dalam ciapannya menjelaskan, akaun sumbangan perubatan itu adalah satu-satunya akaun yang dibuka untuk orang awam membuat sumbangan berkaitan Covid-19.

Akaun Amanah Khas itu bukanlah perkara baharu, katanya, sebaliknya telah diwujudkan sejak 23 Mac tahun lalu. Malah, jumlah yang diterima dan dibelanjakan juga sudah disebut dalam jawapan lisan Parlimen pada September, tambahnya. – FMT