KUALA LUMPUR, 14 JUN : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju membuka semula permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Menerusi satu kenyataan, KPT berkata, permohonan boleh dibuat mulai 15 hingga 21 Jun ini melibatkan program sijil, asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.

“Keputusan ini diambil bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Sehubungan dengan itu, pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my sama ada untuk membuat permohonan kemasukan atau membuat pilihan program pengajian untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA di mana berkaitan,” memetik kenyataan itu.

Pembukaan Semula UPUOnline Untuk Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi  Latihan Kemahiran Awam bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022

Pihat KPT pada masa sama memaklumkan, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang secukupnya kepada pelajar mengemukakan permohonan sekali gus memudahkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian. – AWANI