PARIT BUNTAR: Hujan lebat sejak lewat petang tadi menyebabkan beberapa laluan di sebuah kawasan perumahan di Tanjung Piandang dekat sini dinaiki air.

Antara laluan yang terjejas ialah Jalan Piandang 1, Taman Piandang Indah berikutan hujan lebat bermula pada pukul 7 petang.

Keadaan itu menyebabkan air memasuki beberapa buah premis perniagaan di laluan berkenaan.

Penduduk mendakwa laluan di situ sering dinaiki air disebabkan masalah saliran air yang kurang sempurna.

Keadaan itu juga dikatakan disebabkan fenomena air pasang besar kerana kawasan berkenaan terletak berhampiran laut. – UTUSAN ONLINE