BAGAN SERAI, 28 Julai – Seorang lelaki cedera apabila dihempap pokok kelapa yang sedang ditebangnya di Kampung Parit HajI Napis, Jalan Bagan Serai – Kuala Kurau, dekat sini, hari ini.

Mangsa yang berumur 55 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka mendapat panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 9.17 pagi.

“Anggota bomba membuat rawatan awal dan memasang ‘cervical collar’ di samping memotong pelepah pokok kelapa tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan susulan.