IPOH, 11 Jun – Majlis Bandaraya Ipoh(MBI) telah memulakan pertanian bandar (urban farming) di Perpustakaan Tun Razak (PTR) sejak Februari lalu.

Ia telah dijalankan oleh pegawai dan anggota PTR sebagai menyahut seruan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin yang menggalakkan projek pertanian bandar di samping ke arah menghijaukan bandaraya Ipoh.

Menurut kenyataan MBI, dalam masa sama, ia juga dapat membantu anggota-anggota PTR mendapatkan sayur-sayuran secara percuma yang mana ia dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian mereka memandangkan kini masih berada dalam pandemik Covid-19.

Katanya, bagi memperkembangkan lagi projek pertanian bandar itu, bulan lalu, pihak pengurusan PTR telah berjaya mendapat bantuan dari Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) untuk mempelajari cara penanaman teknologi hidroponik yg menggunakan tenaga solar.

“Hasil daripada bantuan SADC, anggota-anggota PTR telah berjaya mengadakan dua laman tanaman pertanian bandar iaitu tanaman tradisi dan tanaman hiroponik di perkarangan PTR.

“Antara tanaman berkenaab dalah
Kailan, cili, salad, bayam , halia , sawi dan sayur-sayuran kampung,” kata kenyataan itu hari ini.

MBI berharap, projek itu juga dapat memupuk kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta menyokong usaha kerajaan di dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan.