IPOH 23 Jun – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sentiasa mengelenggara Menara Jam Peringatan Birch di Dataran Dato’ Sagor, di sini, yang merupakan salah satu lokasi tumpuan pelancong di Bandaraya Ipoh.

Menurut kenyataan MBI, ia sentiasa diselenggara oleh MBI bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik.

Menurutnya, jam itu diselenggara oleh kerajaan tempatan sejak ianya dibina dan MBI telah melantik kontraktor yang berpengalaman bagi menjalankan kerja-kerja selenggara yg berkaitan.

“Jam ini diselenggara secara berkala setiap bulan kerana menggunakan sistem mekanikal,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, kos selenggara secara kontrak tahunan bernilai RM49,900 setahun.

Bagaimanapun, katanya, kos membaik pulih juga bergantung kepada keperluan kerosakan seperti mengecat semula yang bernilai RM15,000 dan menukar peralatan mekanikal.

“MBI akan menjalankan kerja-kerja selenggara serta membaikpulih dari semasa ke semasa bagi mengekalkan nilai sejarah untuk generasi masa hadapan,” ujarnya.