IPOH, 25 Sept – Peniaga kecil menyambut baik langkah kerajaan negeri Perak untuk memperkenalkan skim mikro kredit tanpa faedah, khusus bagi membantu peniaga kecil yang terkesan dengan COVID-19.

Menurut mereka, ia umpama sinar baharu untuk mereka bangkit semula selepas melalui pandemik Covid-19.

Beberapa peniaga kecil yang ditemui berharap kerajaan negeri dapat memudahkan kelulusan pinjaman itu dengan mengurangkan karenah birokrasi.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, setakat ini, kerajaan negeri berjaya mengumpulkan tiga juta ringgit sebagai dana permulaan.

Menurutnya, kerajaan negeri sedang mengumpul beberapa juta ringgit lagi sebelum skim itu dimulakan awal tahun hadapan.

“Kerajaan negeri sedang berusaha untuk mengumpul dana dan kita nak memperhalusi kaedah itu supaya pertama orang yang dapat itu orang yang betul-betul memerlukannya dan tidak akan disalahgunakan untuk tujuan-tujuan lain.