PETALING JAYA, 22 MEI – Operasi semua premis perniagaan akan dihadkan bermula pukul 8 pagi hingga pukul 8 malam bermula 25 Mei ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, had masa itu melibatkan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata, antara premis yang terlibat adalah kedai makan, restoran, stesen minyak kecuali di lebuh raya, dobi, kedai serbaneka dan lain-lain.

“Langkah ini diambil bagi mengawal dan mengurangkan pergerakan orang awam di kawasan-kawasan tumpuan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini. – K! ONLINE