Baru-baru ini, sebuah video menjadi topik perbualan ramai dimana seorang penyampai radio telah memperlekehkan cikgu Sains yang kurang fasih berbahasa Inggeris dalam program DidikTV.

Video tersebut mengundang kemarahan netizen dan rata-rata netizen mengecam tindakan penyampai radio tersebut. Lantaran kontroversi yang melanda, pihak HITZ dalam satu kenyataan mengatakan bahawa telah menerima surat perletakan jawatan penyampai radio itu.

Menurut pihak HITZ, penyampai radio tersebut telah sah letak jawatan pada 22 Februari 2021 iaitu semalam. Malah, HITZ tetap komited mahu berikan hiburan dan menyajikan maklumat kepada pendengar setia.

Pastinya daripada kontroversi yang berlaku ini, ramai yang boleh belajar untuk lebih berhati-hati dalam tindakan dan perkongsian di media sosial. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sumber: The Vocket