KUALA LUMPUR: PAS mohon untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah pada bila-bila masa yang diperkenan Tuanku.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, permohonan itu adalah bagi menjelaskan situasi politik parti itu ketika ini.

“Saya memohon untuk menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada tarikh, masa dan tempat yang diperkenan oleh Tuanku.

“Tujuan saya memohon menghadap Tuanku bagi menyembah maklum tentang suasana politik yang melibatkan parti Pas,” katanya dalam satu surat rasmi.

Semalam, lima Exco dilantik selepas majlis angkat sumpah menteri besar di Istana Iskandariah hari ini tanpa membabitkan wakil Pas.

Empat daripada mereka adalah dari UMNO dan seorang daripada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu). – UTUSAN