IPOH, 21 Okt- Pasar Gunung Rapat Ipoh akan ditutup selama dua hari bermula Sabtu ini bagi proses pembersihan dan sanitasi.

Majlis Bandaraya Ipoh menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pasar tersebut akan dibuka semula dan beroperasi seperti biasa pada Isnin, 25 Oktober.

“Dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh akan melaksanakan penutupan di Pasar Gunung Rapat Ipoh selama dua hari bermula pada 23 hingga 24 Oktober (Sabtu dan Ahad).

“Penutupan tersebut adalah bagi menjalankan aktiviti pembersihan dan sanitasi di kawasan pasar.

“Semoga tindakan pembersihan dan sanitasi yang dijalankan di pasar tersebut akan memberi keselesaan kepada pengunjung serta peniaga pasar pada masa akan datang,” ujarnya.