KUALA LUMPUR, 19 FEB : Murid sekolah rendah bagi darjah satu dan dua serta pra-sekolah bakal memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka bermula 1 Mac ini.

Sementara murid darjah tiga, empat, lima dan enam akan bermula pada 8 Mac.

Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata ia bagi membolehkan murid-murid pra sekolah, darjah satu dan dua dapat membiasakan diri dengan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah.

“Ini akan memberi ruang kepada guru-guru untuk membiasakan SOP baharu di sekolah.

“Guru-guru bersama ibu bapa juga boleh berbincang terutama melibatkan penyuraian anak-anak pada akhir sesi persekolahan,” katanya pada sidang media pada Jumaat.

Sementara itu, beliau turut memalumkan bahawa pelajar sekolah menengah akan bermula pada 4 April melibatkan negeri Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah sementara pelajar negeri lain akan bermula pada 5 April. – AWANI