KUALA LUMPUR, 17 Julai: Sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos 2021.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keputusan tersebut dicapai melalui perbincangan kementerian itu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM,” menurut kenyataan itu. -Awani