IPOH, 15 Sept: Jabatan Alam Sekitar Perak mengalu-alukan pelajar sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari seluruh Malaysia menyertai pertandingan Fotografi Alam Sekitar.

Pertandingan itu dianjurkan bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perak 2021 yang berlangsung sehingga 30 November.

Menurut kenyataan di Facebook Jabatan Alam Sekitar, hadiah menarik menanti para pemenang iaitu tempat pertama berjumlah RM700 berserta piala dan sijil.

Tempat kedua bernilai RM400 beserta piala dan sijil dan ketiga dengan jumlah RM250 beserta piala dan sijil.

Bagi pemenang merit pula iaitu 20 pemenang akan menerima RM100 dan sijil.

Selain itu peserta perlu mengimbas kod QR untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat pertandingan.

Tarikh tutup pertandingan ialah pada 30 November depan.