KUCHING, 20 JAN : Hari pertama sesi persekolahan di SMK Petra Jaya di sini bertukar tragedi apabila salah seorang pelajar jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi, ketika pelajar berkenaan berada berhampiran bilik darjahnya.

Mangsa yang berusia 17 tahun dari Kampung Tupong Batu di sini kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak menggunakan ambulans dan keadaan dilaporkan stabil.

Tinjauan Astro AWANI sebentar tadi mendapati petugas forensik PDRM sedang melakukan siasatan di lokasi berkenaan.

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan, untuk calon-calon yang mengambil peperiksaan awam. – AWANI