PERGERAKAN Pemuda UMNO menghantar memorandum bantahan ke pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menuntut sidang tergempar mengenai krisis kemanusiaan dan penempatan pasukan pengaman di Rakhine.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, pendirian Pemuda UMNO itu turut disuarakan ketika memorandum berkenaan diserahkan kepada Koordinator Residen PBB di Malaysia, Stefan Priesner, pagi ini, yang turut disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, memorandum itu turut menyentuh bantuan kemanusiaan berterusan di Rakhine dan penyelesaian isu berkenaan.

“Pemuda UMNO meminta isu ini diambil tindakan segera dan kita percaya PBB sebagai pihak berwajib dapat menjadikan agenda ini sebagai keutamaan.

“Selain itu, kita juga akan bekerjasama dengan NGO lain untuk bantuan kemanusiaan di Cox’s Bazar dan Rakhine untuk membantu pelarian di sana,” katanya.

-myMetro