KUALA LUMPUR, 4 MEI : Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid disahkan positif COVID-19, berdasarkan daripada keputusan ujian saringan yang diperoleh semalam.

Finas dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Zakaria akan menjalani tempoh kuarantin dan rawatan berdasarkan saranan dan pemantauan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sepanjang tempoh tersebut, segala urusan dan pengoperasian Finas akan terus berjalan seperti biasa.

“Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi ini,” menurut kenyataan tersebut. – BERNAMA