Kementerian Kesihatan melaporkan 69 kes kematian Covid-19 semalam.

Menurut pangkalan data GitHub, daripada jumlah itu, sebanyak 11 kes adalah kematian di luar hospital (BID).

Angka kematian Covid-19 kini mencecah 28,062 kes.

Sarawak mencatatkan kes kematian tertinggi semalam, iaitu 16 kes, diikuti Selangor dan Perak (masing-masing sembilan), Johor (lapan), Pulau Pinang (enam), Kelantan (lima), Melaka dan Sabah (masing-masing empat), Pahang dan Perlis (masing-masing tiga) serta Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Sehingga 12 tengah malam tadi, sebanyak 92,246 aktif kes direkodkan sementara 8,933 lagi sembuh.

Daripada jumlah itu, sebanyak 331 daripada 682 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes Covid-19 di negara ini kini mencecah 2,401,866.