Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 37 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, sembilan korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,147.

Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tujuh kes, diikuti Negeri Sembilan dan Sabah (masing-masing lima), Kelantan dan Selangor (masing-masing empat), Johor dan Perak (masing-masing tiga), Kedah dan Pahang (masing-masing dua) serta Sarawak dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 69,261 kes aktif dilaporkan, termasuk 506 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 270 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.