Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 48 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, 10 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,195.

Kelantan dan Terengganu masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lapan kes, diikuti Perak dan Sarawak (masing-masing enam), Selangor (lima), Sabah (empat), Pahang (tiga), Kedah dan Pulau Pinang (masing-masing dua) serta Johor, Melaka, Negeri sembilan dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 68,755 kes aktif dilaporkan, termasuk 516 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 272 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.