Oleh: Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati bakal menganjurkan sebuah konsert unik Malam Amal Ukhuwah PIBG 2017 yang akan diadakan pada 14 Oktober depan.

Pengerusinya, Datuk Rosli Yang Danim berkata, konsert amal itu bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi tabung kegunaan PIBG di samping memberi peluang kepada tenaga pendidik dan ibubapa untuk merapatkan silaturahim.

Katanya, bertemakan “Smart and Elegant”, konsert itu memberi peluang untuk tetamu untuk bergaya segak pada malam yang turut menyaksikan pelancaran Alumni SMK Jati, selain menikmati hidangan lazat dan beramal dengan menderma kepada tabung sekolah.

“Konsert yang dianjurkan buat kali pertama sejak penubuhan SMK Jati pada tahun 2002 disasarkan untuk membawa kembali semua idea yang tercetus bukan sahaja di sekolah ini, tetapi dari sekolah-sekolah lain di seluruh Ipoh untuk meningkatkan kendiri anak-anak muda kita,” katanya.

Rosli berkata, mereka yang berminat boleh menempah meja bagi makan malam itu yang dikategorikan sebagai Gold, Silver and Bronze yang bernilai RM3,000, RM2,000 dan RM1,000.

“Antara persembahan adalah penampilan istimewa daripada Aris Ariwatan, persembahan UBS Band, Cabutan Bertuah berupa penginapan dua hari satu malam di Casuarina@Meru Hotel. Setiap tiket berharga RM60 bagi dewasa dan RM50 bagi kanak-kanak,” katanya.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Puan Haslina (016-3484142), Encik Ibrahim (017-5781731) dan Puan Mariam (012-9428368).
[mkdf_highlight background_color=”” color=””][/mkdf_highlight]