Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Jati mengorak selangkah dalam mengambil inisiatif dengan mengadakan sebuah konsert unik Malam Amal Ukhuwah PIBG 2017 yang bakal diadakan pada 14 Oktober depan.

Pengerusi PIBG SMK Jati, Datuk Rosli Yang Danim berkata konsert amal itu bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi tabung kegunaan PIBG di samping memberi peluang bagi tenaga pendidik dan ibubapa untuk mengeratkan sillaturahim sesama.

DSC_2172Katanya, bertemakan konsep “Smart and Elegant”, ianya memberi peluang untuk semua yang hadir untuk bergaya segak di samping menghadiri Pelancaran Alumni SMK Jati pada malam tersebut, menikmati hidangan dan beramal dengan menderma kepada tabung sekolah.

“Kami percaya bahawa entiti sekolah yang dahulunya terdiri daripada para guru dan murid atau pelajar sudah tidak relevan buat masa ini kerana situasi dan gejala sosial remaja hari ini sudah berubah justeru kita perlu bekerjasama dengan semua pihak seperti komuniti setempat, ibubapa, tok-tok iman dan semua pihak sekaligus.

“Malah, konsert yang dianjurkan buat kali pertama sejak penubuhan SMK Jati pada tahun 2002 disasarkan untuk membawa kembali kesemua idea yang tercetus bukan sahaja di sekolah ini, tetapi dari sekolah-sekolah lain seluruh Ipoh untuk meningkatkan kendiri anak-anak muda kita,”katanya kepada Suara Perak.

Rosli menegaskan ramai di antara tenaga pengajar lebih gemar meminta dana atau peruntukan seperti biasa daripada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi untuk aktiviti tahunan.

Justeru, konsert amal itu bertujuan untuk mendidik duit tabungan daripada orang ramai untuk memperbaiki keputusan dan tahap kurikulum dari ko-kurikulum bagi pengganti masa depan itu nanti.

Jelasnya, program itu juga diadakan selari dengan anjakan kesembilan dalam Dasar Pendidikan Negara yang menginginkan semua pihak untuk menjalinkan hubungan erat dengan warga pendidik agar kecemerlangan serta pembentukan akhlak anak murid dapat diperkemas.

Katanya, mereka yang berminat boleh menempah sebuah meja bagi makan malam itu seperti Gold, Silver and Bronze yang masing-masing bernilai RM3,000, RM2,000 dan RM1,000.

“Antara persembahan adalah penampilan istimewa daripada Aris Ariwatan, persembahan UBS Band, Cabutan Bertuah berupa penginapan dua hari satu malam di Casuarina@Meru Hotel, dan setiap tiket berharga RM60 bagi dewasa manakala kanak-kanak adalah sebanyak RM50.

“Mereka yang berminat boleh menghubungi Puan Haslina (016-3484142), Encik Ibrahim (017 578 1731) dan Puan Mariam ( 012 942 8368) dengan segera untuk menempah tiket atau meja anda,”katanya kepada pemberita.