KUALA LUMPUR, 25 OKT : Perdana Menteri mengumumkan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara one-off mulai Selasa, 26 Oktober 2021.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.

“Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO dalam tahun 2021,” ujarnya.

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui portal BKP, iaitu www.bkp.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk soalan lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan. – AWANI